Wahai Ikhwah Sekalian

Posted by Pencari Cahaya Dalam Misi Mencari Cahaya Ilahi

Ya ayuhal ikhwah, Antum perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan batu dan air yang mengalir di sungai ini. Antara batu dan air tidak ada pertikaian di antara mereka. Batu tidak pernah mengatakan, ‘Hai air kenapa bunyimu terlalu keras’ Atau air mempersoalkan, ‘Batu, kenapa kau ada disini.’ Tidak ada persengketaan diantara mereka; Mana hak saya… Mana kewajiban kamu… Tapi kenapa kita tidak mau mengambil ‘ibrah dari batu dan air? Kenapa kita mulai bercerai-berai, memikirkan ini hakku… ini hak saya… Ini kewajibanku… Itu kewajibanmu… Malu kita semua pada batu dan air! Ini saatnya antum semua bersatu, bekerjasama dalam ukhuwah Islamiyah… Allahu Akbar!

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Featuring Post Example

Posted by TheBlogTemplates On Month - Day - Year

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at nisl. Nullam lorem mi, eleifend a, fringilla vel, semper at, ligula. Mauris eu wisi. Ut ante dui, aliquet nec, congue non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et maur...

Ku jejaki alam dalam mencari redhaMu, ku tempuhi dugaan dalam menikmati suruhanMu, ku menangis kerana mengingatkan diriMu.....Temukankanlah si Pencari Cahaya dengan NurMu ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Cinta Seorang Isteri

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Isnin, Disember 09, 2013 0 ulasan
Bismillahirrahmanirrahim.... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk noktah - noktah penulisan kali ini. Bukannya ingin membawa derita cerita cinta tetapi sekadar perkongsian diri yang fakir dan sentiasa tidak cukup sifat ini.

Walaupum tika ini belum mempunyai seorang isteri, tetapi hati ingin berkongsi sedikit mengenai tajuk kali ini iaitu cinta seorang isteri. Moga penceritaan dan perkongsian ini kita jadikan pedoman dan permulaan khususnya bagi rakan-rakan yang baru membina tiang agama dan berusaha untuk membina rumah tangga sendiri dengan kata lain baitul muslim.

Read more...

Pabila dunia di tangan

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, November 27, 2013 0 ulasan


Aku semakin sedih dan menangis bila mendapat tahu keputusan untuk bekerja di 2 syarikat

 sekaligus berjaya dan ditawarkan serta merta. Ini berikutan janjiku untuk mempercepatkan

 proses membina rumah tangga dijulang. Ini petanda rezeki mula menyinar bagi yang 

bermatlamat. Cuma, minit demi minit hati ini semakin gelisah dan menangis kerana itu 

semua adalah dunia. Membesarkan Allah adalah matlamat utama......

Cuma......

Niatku tergadai kerana seseorang....

Aku ingin melafazkan amanahku ketika aku mulai melamar keluarganya......

Allahuakbar, aku rasakan aku telah lari dari jejak sebenar imanku

SepatutNya Engkau yang ku cari selama ini.....................

Sayang hamba ini hilang dengan lintasan dunia....

 Meniti khabar gelora sang dunia bahtera kecurian.....

Mencuri iman-iman manusia

Sekejap selesa sekejap menderita

Ya Allah terimalah lamaranku sebagai hambaMu ini

Nikahilah diriku dengan perkenalan cinta kepadaMu

Astaghfirullah Rabba Baraya Astaghfirullah minal Khataya

Read more...

MTQN mendorong penulis membuat pertimbangan

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Khamis, November 14, 2013 0 ulasan
ring....ring.....ring,,,,,,,panggila diterima

"Assalamualaikum, saya dari pejabat canselori, ni en. PC kea", soal si pemanggil..."Ya, saya." aku menjawab sambil kebingunan. Aku menerima panggilan ini daripada En. Zaini yang memintaku untuk mendapatkan urusetia seramai 100 orang bagi menjalankan gerak kerja semasa program Majlis Tilawah al-Quran dan Nasyid peringkat kebangsaan dan Asean. Selepas meletakkan ganggang, pegawaiku menjadi pilihan untuk pertanyaan. Rupanya mereka sudah berbincang terlebih awal sebelum aku dijemput untuk mengetuai barisan urusetia.


Setelah seminggu bersemuka bersama en. Zaini menceritakan master plan program, kini tibalah giliran para ahli mesyuarat bersuara:
Mengimbau kembali saat-saat mesyuarat ahli jawatankuasa tertinggi USIM bersama Majlis Tertinggi PEYATIM atau Pertubuhan-pertubuhan anak yatim, hatiku mula mengetahui kesusahan 2 pihak yang berlainan untuk melancarkan program yang julung kali diadakan. Tetapi alangkah bahagianya melihat pimpinan  atasan USIM yang menjadikan majlis musyawarah menjadi hening walaupun di tahan batu-batu diperjalanan. Konsep mesyuarat yang begitu mementingkan kesepaduan ditonjolkan oleh pentadbiran USIM menyatakan mereka layak memegang atau mengepalai USIM. Kebiasaannya pabila 2 golongan yang menjadi ketua keanggotaan, perselisihan pendapat pasti berlaku. Ini kerana biahnya yang berlainan.


Read more...

Kehidupan Selepas Bergraduasi

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Khamis, November 14, 2013 0 ulasan
Assalamualaikum semua!

Menceritakan mengenai kehidupan adalah pandangan realisasi seseorang pencerita. 

Sebelum tamat kehidupan belajar di universiti, aku diduga Ilahi dengan pemergian arwah nenekku. Baru seminggu pulang ke kampung, aku kembali ke sana untuk menyelesaikan tugasku seorang cucu. Teringat kisah zaman kecilku, nenek sering menjagaku dengan kasih sayangnya. Membawaku ke tadika, memandikanku, memasakkan makanan dan menjadi penjagaku yang utama ketika berusia sekitar 3-7 tahun.Ketika itu ibu bapaku baru memulakan tugasnya di semenanjung setelah beberapa tahun berkhidmat sebagai guru di Negeri bawah bayu.

Krit..........krit........krit......

Panggilan telefon daripada ibu saudaraku yang berada di Kuala Lumpur. Ketika itu jam menunjukkan 6.30 pagi. Kebiasaannya aku meluangkan masa di persimpangan sebelum masuk kerja harian (praktikal) pada jam 8.30.

Ibu saudara : Hafiz, nenek sudah tiada
Hafiz           : ........................................

Aku terus sms human resources tempat praktikal dan seniorku untuk menyatakan tentang kepulanganku ke kampung. Tampa membuang masa aku bertolak pulang dan sampai pada waktunya.

Jenazah sedang dibalut. 

Keadaan dan suasana ketika itu begitu hening dengan kepiluan masing-masing dengan mestika sejarah silam.

Aku menjalankan kerjaku sebagai pembantu penggali kubur di saat jenazah di masukkan ke liang lahad. Seluruh jasad dimasukkan tanpa rindu-rindu dan kisah sejarah yang lalu yang masing terngiang-ngiang lagi di fikiran semua. 

Semua itu rahmat dan ujian Allah SWT kepada semua yang masih bernyawa. Menandakan kehidupan dunia akan berakhir jua akhirnya. Aku kembali ke Kuala Lumpur untuk menghabiskan satu minggu usia di tempat praktikal. 

Tamat praktikal, para bakal graduasi memulakan tugas untukk mendapatkan pekerjaan sementara dan tetap. Aku masih dengan pendiriaan untuk bekerja sendiri walaupum didesak keluarga untuk bekerja tetap.

Doa dimakbulkan, tidak lama selepas itu aku berkerja.....

Cuma apabila aku mengetahui mengenai berlakunya perkara tidak baik dalam jualan syarikat, aku berhenti 24jam serta merta. Baik jauhi keburukan dan mencegahnya daripada menjadi pencetus keburukan.

Sekarang aku kembali menjadi seorang JOB SEEKERS

alhamdulillah dan maha suci Engkau yang menciptakan aku. Engkau Pemberi Rezeki dan Engkau jua penariknya. ....

Read more...

Penerbangan Percuma Buat Semua

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Julai 03, 2013 0 ulasan
Penerbangan percuma buat anda:


Tiket percuma bagi setiap yang bernyawa, siap dengan promosi lagi:

Antara promosi yang diberi:
1. Mendapat pengiktirafan di seluruh alam semesta
2. Setiap penerbangan akan mendapat video kehidupan dengan percuma.
3. Bagi yang membuat lebih amal di dunia, akan ditambah keselesaan dengan diskaunnya sekali (jika amalnya memberi kebajikan kepada yang masih hidup)
4. Bagi yang banyak membuat kemungkaran akan diberikan siksaan percuma tanpa caj tambahan
5. Masa penerbangan akan ditambah tanpa caj tambahan sehingga tiba ke destinasi (hari kiamat)
6. Dijemput mesra tapi keras oleh malaikat izrail tanpa diundang.
7. Disediakan bilik percuma di dalam kapal terbang (kubur) mengikut amalan.
8. Minuman dan makanan percuma kepada setiap golongan mengikut amal di dunia.
9. Diminta menjawab beberapa soalan mudah bagi menikmati penerbangan ini. Salah atau betul, semua akan diberikan khidmat percuma tanpa bayaran sehingga sampai ke negara akhirat.
10. Setiap penumpang akan merasa lega pabila tiba Bulan Ramadhan. Caj kepada yang membuat kemungkaran ditarik sebentar selama sebulan.

Pabila sampai ke destinasi: Negara Akhirat
Semua berjalan-jalan tanpa memikirkan soal negara asal mereka. Ibu bapa, adik beradik, kenalan sahabat handai, semua tidak lagi valid pada negara ini. Umur setiap yang hidup kembali ini adalah sama sambil tidak merasa malu tanpa pakaian. Bila sampai ke jambatan. Imegresen melepaskan semua yang ingin melalui sempadan tanpa sebarang tangkapan. Amal menjadi buku pasport yang automatik. Sekiranya amal kebaikan adalah berat timbangannya, maka orang itu boleh melalui jambatan tersebut, jika sebaliknya, orang tersebut terpaksa melalui liku-liku kepanasan sehingga pasport disahkan.

Begitulah perjalanan ke negara akhirat. Dengan melalui penerbangan yang begitu menarik sehingga sampai ke destinasi yang paling akhir dan tiada kehidupan lain selain kehidupan akhirat. Selamat bermujahadah semua!


Read more...

Sang Murabbi

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Mei 08, 2013 0 ulasan

Sungguh indah bila bertemuNya....itulah kata-kata hati seorang pendakwah...merekod perjalanan sebagai perantau...awalnya asing, konfliknya mendatar dikenali, akhirnya diarak ke liang hakiki.....menjadi seorang pedagang dunia tidaklah susah, dan tidaklah senang. Penulisan kisahnya yang rumit menjadi harta pengakhiran. Jiwanya teguh dengan pandangan tanpa bersisiran ketepian...di mana jiwa-jiwa ini pergi. Seorang pergi, seorang kembali....itulah sang murabbi..membawa risalah kerana Tuhan, menceritakan kebenaran peganti amalan...Ya Rasulullah, kuatkan hati-hati kami yang buntuh kepada kebenaran. Perkenalkan kami Ya Rabb dengan keimanan yang tulus bicara dan amalan....



Dimanakan si pedagang yang menjual wangnya?

Di manakah si petani yang membahagiakan hasilnya?

kehidupan yang tiada taranya ini mudah diubah dengan kerosakan..

Susah dibelah dengan kebenaran...

Ayuh bangkit kita semua atas nama Tuhan

Bicarakan kebenaran meratakan Allah itu ahad....hualAllahuahad..



Kita lihat Mus'ab berjalan ke alarqam untuk apa?

hamba Allah ini tidak putus2 berjuang sedangkan musuh bergelimpangan memeranginya...

tangannya diputuskan atas perbuatannya yang mencuri cinta Islam....



Kita lihat Salman yang jauhnya beribu batu, datang ke Mekah, untuk apa?

Sanggup menjadi kuli untuk kebenaran....

Kita-kita di sini yang seronok yang mengatakan Islam agamaku hanya lena dibuai lambaian



Kita lihat Abu dzar yang memekik-mekik dengan latang,"Asyhadu alla ilaha illa Allah waasyhadu anna MuhammadarRasulullah"?

Pekik pada umat Islam kah? Di hadapan musyrikin mekah rakan-rakan...

Habis rebah dipukul diterjah....bani Ghifah yang terkenal dijatuhkan, menjadi tanda tanya...itulah islam bukan pada nama,,,,



Kita lihat Bilal terkial-kial dalam deraan menyebut...Ahad....ahad...ahad...

Menjadi bilal yang mengazankan memecahkan kebatilan...

Kita pula asyik memekak tanpa meninggalkan tugasan ketika azan



Kita lihat ibnu Umar membela perkataan, harta itu pelayan! bukannya tuan atau majikan....

nyata ...jelas...harta datang kepada kita bukan menjadi penyuruh perbuatan.........barang-barang dirumahnya tidak sampai 100dirham tetapi tangannya memberi umpama tauke berlian,,.....



Kita suluh Saad bin Abi waqqash...

Dipaksa ibunda meninggalkan islam...apa katanya"Demi Allah, ketahuilah wahai Ibunda....,seandainya bonda memiliki seratus nyawa, lalu ia keluar satu persatu, tidaklah anakanda meninggalkan agama ini walau ditebus dengan apa pun juga...!maka terserahlah kepada bonda, apakah bonda akan makan atau tidak...!."Kita pula sering mengikut nafsu yang merayu-rayu..."katakanlah padanya, jikalau engkau (nafsu menguasaiku), nyatalah itu bukan diriku"....


Jom sama2 rungkai kisah sahabat-sahabat radiallahuanhum...semoga banyak faedah dan sirah junjungan nabi Muhammad saw menjadi perjalanan kehidupan yang diikuti....wallahua'lam..mgkin ad episod seterusnya selepas penelitian...
Read more...

Bercinta di Pintu Syurga

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Mei 08, 2013 0 ulasan
Dalam merencanakan cinta bukan sekadar kata-kata,
Cinta sentiasa membiarkan pecinta itu derita,
Sengaja memberikan alasan dalam berbicara,
Membiarkan segala asalkan bahagia.

Sebut kata cinta,
Alpa, Derita, sengsara dan bahkan Pencipta sering dilupa,
Bagaikan Daun yang disimbahi hujan,
Penuh dengan rupa cantiknya,
Bak sungai melalui batu-batuan,
Sengaja dilicinkan perjalanan dua penerima.

Cinta yang sebenar-benar cinta akan berbicara,
Aku ingin mengahwinimu kerana Dia,
Aku ingin jadikanmu bidadari syurgaku kerana Dia,
Bilakah engkau akan mengerti slot-slot kebahagian iman ini,
Adakah ia ditaburkan janji-janji madu yang derita sakitnya dengan bisa?
Apakah pecinta sebenar betul-betul mengendahkan Khalidnya?
Apakah perancanaan pencinta itu benar-benar boleh dibahagiakan?
Terlalu gerin untuk mendapatkan hujahnya,
Aku biarkan jawapan ini buat kita semua yang bisa celik menerima.....


 
Read more...

Puisi Bayu Teluk Kemang

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Rabu, Mei 08, 2013 0 ulasan
Terima kasih kawan-kawan kerana memberikan diri ini peluang untuk mengenalNya

Ya Allah
Perjalanan kehidupaku umpama gelora,
Kehidupan buihnya mencapai keimanan,
Kekuatan jiwaku menggerakkan suasana,
KepadaMu ya Allah aku serahkan.

Ya Rahman,
Kekuatan arus menandakan ujian,
Bicara desiran air memperlihatkan gambaran,
Gambaran keenakan tribulasi-tribulasi,
Kegembiraan menyentuh kesusahan,
Ketertawaan seorang mujahid dakwah.

Ya Razzak,
Ikan-ikan dipersimpangan menjadi tanda,
PeghargaanMu meluas keserata pelusuk,
Kelebihan pengiman menjadi tanda,
Menyatakan syurga ditangan,
Menyatakan bumi Anbiya' di kalangan,
Meyatakan cintaMu kepada semua.

Ya Fattah,
Ombak menggunung memancarkan kekuasaanMu,
Simpang siur airnya hujah kekuatanMu,
Bukakanlah hati-hati kami yang keras ini ya Allah,
Berikanlah ujian-ujian dalam menterjemahkan keimanan ya Allah,
Bukakan hati kami dalam menerima hujah-hujah dalam dunia ini.....

Read more...

Istinjak

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Selasa, Mei 07, 2013 0 ulasan




Alhamdulillah sempat juga kita berkongsi satu ilmu iaitu istinjak. Bukanlah kepakaran seperti seorang Tuan Guru, cuma harapan perkongsian ini menjadi pedoman buat semua. Rujukan in sya Allah hadir dari kitab-kitab fekah yang terpilih khususnya Manhaj Shafie.

Istinjak bermaksud menghilangkan najis dari dua lubang keluar najis iaitu qubul (tempat keluar air kecil)  dan dubur (tempat keluar air besar) dengan alat-alat istinjak.

Hukum istinjak adalah wajib bagi mereka yang membuang air.

Alatan istinjak terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Air
2. Batu (benda kesat)

Kebiasaan bagi kita pabila ingin membuang air besar atau kecil, perhatian kita mula tertumpu untuk mendapatkan punca air. Air merupakan salah satu alat untuk membersihkan atau istinjak bila keluar najis.

Alatan istinjak juga digunakan pabila berlaku sesuatu situasi yang berbeza-beza.

Kelebihan untuk menuruti perjalanan atau urutan istinjak adalah mengikut hadis Rasulullah saw
  
Sabda Rasulullah S.A.W.:
 Bila salah seorang antara kamu pergi buang  air hendaklah beristinjak dengan tiga biji batu, kerana
demikian itu cukuplah untuknya             (Riwayat An-Nasai dan Abu Daud) 

 Bagi mendapatkan sunnah Baginda SAW, ulama' membahagikan istinjak kepada 3 perkara.
Peringkat 1, lagi baik jika istinjak atau membersihkan qubul dan dubur dengan menggunakan 3 batu dan kemudian dicuci dengan air.

Peringkat 2, istinjak dengan menggunakan air sahaja


Peringkat 3, istinjak hanya menggunakan alatan batu sahaja

Namun tiada nas yang mengatakan peringkat kelebihan ini. Penjelasan ini hanya ijtihaj ulama' berdasarkan hadis Rasulullah saw yang disebutkan tadi.

Walaubagaimanapum, batu yang dijelaskan di atas mewakili benda-benda kesat yang bersifat seperti batu. Bagi air, hanya air mutlak boleh digunakan untuk menyucikan kedua-dua najis ini. 

Berbicara mengenai benda kesat, ia merangkumi banyak contoh seperti anak batu, kayu, daun dan lain-lain termasuk kertas dan tisu.

Ramai yang hairan mengapa budaya yang diamalkan Eropah sebenarnya termasuk di dalam sunnah Nabi Muhammad saw. Begitu mudahnya islam memberi penerangan. Allahuakbar.

Syarat bagi benda-benda kesat di atas adalah belum terkena najis yang lain (bersih) dan tidak bersifat cair atau terkena air.  Syarat lain adalah ia perlu digunakan sebanyak 3 kali (iaitu contoh tisu, menggunakan 3 tisu untuk istinjak)

Seterusnya, ayuh kita bincangkan mengenai tatacara menggunakan alatan kesat. Alatan kesat hanya boleh digunakan ke atas beberapa situasi berikut sahaja.

Bagi lelaki, apabila najis keluar daripada zakar tanpa menyentuh bahagian lain (contoh, najis jatuh di sekeliling zakar atau seumpama.

Bagi wanita, ulama menjelaskan wanita yang belum berkahwin atau belum disetubuhi boleh menggunakan alatan batu untuk istinjak kerana kebiasaan wanita yang belum disetubuhi akan lancar mengeluarkan najis tanpa mengenai dinding-dinding kemaluan. Apabila mengenai kemaluan, alatan istinjak mestilah digunakan air mutlak.

Bagi situasi membuang air besar pula, hanya najis yang bersifat pepejal dan tidak mengenai dinding-dinding tempat keluar najis dibenarkan menggunakan alatan kesat.

Alatan kesat ini jika digunakan sebanyak 3 kali dan belum hilang najis, maka sebaiknya memilih untuk menambah alatan sehingga 5 atau 7 sehingga hilang. (nombor ganjil sahaja kerana Allah menyukai nombor ganjil)

Untuk perhatian sahabat-sahabiah, istinjak dilakukan dengan zhon dan bukannya yakin.
Yakin contohnya, aku yakin bahawa Allah Maha Besar dengan zatnya, dan penciptaan langit dan bumi (bersifat ketuhanan)

Zhon adalah sesuatu perkara yang menyamai keyakinan tetapi tidak sampai tahap yakin. Contohnya, selepas menggunakan 3 batu untuk istinjak. Batu yang digunakan yang ke 3 tidak menunjukkan apa-apa najis yang tertinggal, bau atau lain-lain maka kita akan menyatakan bahawa najis sudah hilang tanpa perlu was-was. Tidak perlulah kita yakin sampai perlu mengorek bahagian sulit kita lagi. 


Jika terdapat kedhaifan atau kekurangan daripada artikel ini, mohon pencerahan untuk perkongsian. Wallahua'lam
Read more...

Anda sudah berubah?

Dicatat oleh Pencari Cahaya (PC) On Jumaat, Januari 18, 2013 0 ulasan
Tulisan ini ku nukilkan buat para penulis sekalian...

Alhamdulillah sebentar lagi PC akan ke Langkawi untuk mendapatkan inspirasi baru sebagai seorang penulis. Diri ini terkejut kerana sudah hampir setahun tulisan tidak dipaparkan. Kesibukan dengan dunia nyata yang semakin hari semakin tua ini menutup ruang untuk meniti dunia penulisan. Di sini sebagai tatapan semua, ayuh kita lihat tafsir surah al-Khauthar. Surah yang begitu pendek tetapi jelas kaitannya dengan keadaan yang berlakusekarang. Tafsiran ini adalah hasil daripada majlis-majlis ilmu yang dihadiri.

Bismillah

A001
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

A002
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

A003
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Allah SWT telah mengurniakan kita umat Nabi Muhammad saw dengan penuh nikmat dan segala ciptaanNya yang indah supaya kita bersyukur dan menjalankan tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Dengan sifat Allah ar-Rahman, pemberian kekayaan diberikan kepada semua tidak mengira muslim atau tidak. Dan sifat Allah SWT ar-Rahim, yang mana pemberian nikmat kepada khususnya kepada orang-orang yang beriman. Adakah kita lupa bahawa nikmat ini bukanlah diberikan secara sia-sia?

"Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main"

(Ad-Dukhan ayat 38)

 “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepada-Ku.” (adz-Dzariyat: 56).

Begitulah dengan nikmat yang dikurniakan Allah SWT. Begitu indah dan meluas. Dimanakah tugas kita?

Dan apabila berkata Allah kepada malaikait bahawa aku menciptakan manusia di dunia untuk jadi khalifah di muka bumi. Kata malaikat, Wahai Tuhanku, Engkau menjadikannya di muka bumi orang yang merosakkan muka bumi dan saling bertumpah darah dan kami sentiasa bertasbih dan mensucikanMu. Kata Allah kepada malaikat, sesungguhnya Aku lebih tahu apa yang kamu tidak ketahui. (al-Baqarah: 30)

Amat banyak dan berlimpah ruah rezeki dan pemberian Allah kepada kita. Yang paling penting ialah nikmat iman dan Islam. Kalimah yang menjanjikan syurga ini hampir-hampir tenggelam di dalam kelam kehidupan kemodenan. Adakah kita ingin terus menjadikan ibadah kita kepada Allah SWT 

sebagai sampingan hidup? 
sebagai hanya "kewajipan atau paksaan"? 
sebagai tentatif kehidupan tanpa VMO (visi, misi dan objektif)?
sebagai halangan kehidupan?
atau sebagai adat kehidupan....

Persoalkanlah kepada diri anda semua. Masih belum terlambat buat kita semua. Ibadah diteruskan dengan hanya niatkan segala perbuatan yang dilakukan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ada beberapa contoh yang ingin PC kongsikan.

Mengapa kita makan setiap hari?
Jika untuk mengisi nafsu, mungkin ya.
Jika untuk bertenaga, mungkin ya
Jika untuk hidup, memang betul dah kan?
Jika kita makan untuk teruskan keimanan kita kepada Allah, untuk teruskan ibadah kita kepada Allah, untuk teruskan syiar Islam. Agak-agak macam mana cara kita makan. Pernahkan kita fikir sahabat-sahabat muslim yang lain. Kenyangkah mereka?
Jika hendak ikutkan nafsu. Satu lori pum tak dapat dikaut untuk dimakan.

Alhamdulillah, kekenyangannya sudah. Kemudian? Bersyukurkah kita?
Macam mana ea nak bersyukur kawan-kawan?
Satu analogi mudah. 
Anda makan sesuap nasi dan anda rasakan nikmat yang tidak terhingga dan rasakan tiada nikmat yang boleh mengatasi kekenyangan anda ketika itu. Kepada siapakah anda beritahu tentang kekenyangan itu.

Mungkin:
Alhamdulillah dah kenyang, sedap betul la makanan ni.
Kenyangnya, aku sudah kenyang. Beritahu Ali kepada Abu.
Lain kali, aku hendak datang ke kedai ini sebab makanannya enak dan mengenyangkan.

Jauh sangat kita dengan si Pemberi Nikmat wahai sahabat-sahabiah sekalian. Syukur kita kepada mereka sahaja. "Makanan", "sahabat", "kedai makan" atau mungkin "si pemasak". Kepada Allah SWT, bila agak-agak kita bersyukur. Jika beginilah keadaannya, menunjukkan kita sudah membazir mengisikan perut kita kerana kita tidak mencapai matlamat sebenar kita diciptakan.

Begitu susah ke sahabat untuk bersyukur. 
Sebut Allah, Allah, Allah dan hadirkan dalam hati yang tulus tentang kenikmatan yang diberikanNya.

Dan sebagai kesimpulannya, ayuh kita sama-samatinggikan kesyukuran kita kepada Allah SWT dengan segala nikmat pemberianNya dengan mengerjakan segala apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Dan jangan kita lupa tentang pengorbanan Nabi Muhammad saw yang telah berjuang habis-habisan demi agama yang tercinta ini. Ayuh amalkan sunnah baginda saw. 






Read more...
| edit post
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular


    Solat dulu yup

    About Me

    Foto Saya
    Pencari Cahaya (PC)
    lahir kat 135 kampung hiliran masjid,21000 Kuala Terengganu, Terengganu, tinggal di Nabawan, Sabah selama beberapa tahun dan menetap di Kelantan selepas itu.....
    Lihat profil lengkap saya

    get this widget here

    Meh kecek smeta (jom berdialog)

    Followers

    5 Perkara